Saturday, July 23

Assalamualaikum wbt :)

maaf sbb dah lama tak post entry kt blog kita ni. tp serius, aku lupa password n email. hehe. padahal aku yg buat..

first skali, aku nak ucap tahniah lah kat korg yg dapat ipta n bakal sambung pengajian nnt. syukur lah pada Allah sebab korang diberi peluang utk smbung belajar lagi. kat luar sana, ramai yg tak bernasib baik. aku harap korang suma kuat untuk teruskan perjuangan korang di alam univ nnt. masa tu, byk sgt ujian kita akan terima. aku harap korang dpt atasi semua tu dgn sabar n penuh rasa syukur. sebelum smbung belajar, aku rasa baik kita sama-sama betulkan niat belajar kita, kerana Allah Ta'ala. kalau korang perasan, selama ni kita belajar untuk dpt result yg baik je. bukan utk manfaatkan ilmu kita ke jalan Allah. nak cerita pasal ni mmg pnjg lebar. aku rasa aku tak layak lagi nak bercakap pasal nih. hehe. tp kita semua dah boleh fikir kan pasal ni ? apa kata kita luang kan sikit masa kita fikir ttg akhirat. jgn asik nak bergelak ketawa je sebab ketawa lebih lebih ni boleh keraskan hati kita.


hmm aku nak share kt korg ada satu entry aku post kt blog aku hari tu. kalau korg rajin korang baca la. klik sini kalau korang nak baca :) . mmg takut kalau fikir pasal ni, tp ni hakikat yg kita kena sedar. mmg Allah dah ckp, manusia akhir zaman mcm kita ni akan buat mcm2 yg tak patut. akan merosakkan bumi. mmg dah ditetapkan mcmtu. tp sekarang aku bukan nak ajak korang ubah apa yg Allah ckp ttg hal ni. aku cuma nak ajak korg selamatkan diri kita ni daripada termasuk dlm golongan yg merosakkan bumi ni. Allah tak kan nilai hasil yg yg kita dapat. Apa yg Allah nilai adalah usaha kita buat ke arah kebaikan. aku harap ape yg aku cuba smpaikan ni korang faham. Aku tak byk lagi ilmu nak ckp pasal ni. tp apa yg aku belajar tu aku share la ngn korg.


nak berhibur, boleh je. kita nmpak skrg ni movie, drama, lagu2 sbgai sesuatu yg sgt bergaya kalau kita slalu ikut perkembangan. kita bersungguh-sungguh hafal lagu lagu iggeris n korea tp surah2 dalam al-Quran baru bape kerat je yg kita hafal. tu pon yg pndek2 jee. jgn marah kalau aku ckp psl ni sbb aku cuma nak igt kan diri aku sendiri. kita tukar la cara berhibur. mengaji al-Quran pon sbnrnya saesuatu yg boleh buat kita rasa terhibur dan tenang, kalau kita betul2 enjoy buat mcm tu. oke aku rasa aku taknak lagi ckp panjang2 pasal ni sbb aku takut korg kata kau bajet baik. aku takde niat pun nak bajet baik kt sini. aku cuma nak share je :) masa muda kita akan dipersoalkan di akhirat. dgn amalan kita sekarang, layak ke kita nak jawab persoalan dr Allah tu kt akhirat nnt ?


di kesempatan ni, aku nak ucap jugak selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. ini peluang kita nak gndakan amalan sbb ganjaran Allah bagi utk kita kt bulan ramdhan ni, subhanallah, cukup byk. zmaan nabi dulu dulu manusia hidup beribu tahun. diorg ada masa beribu tahun utk beribadah n kumpul amalan. Allah tu Maha Adil sbb kita umat Muhammad yg jangka hayat pendek ni, ALLAH bg kita bulan2 tertentu yg mana kalau kita beribadah, gnjaran dia sama mcm kita beribadah beribu tahun. bulan Ramadhan ni salah satu nye :D
tingkat kan amalan jom !


*peringatan untuk diri sendiri. apa yg baik, aku kongsi. harap sama2 dapat saling mengingatkan. ALLAHUALAM.




ikhlas dari aku.
hamba Allah yg banyak dosa dan akan cuba memperbaiki diri. insyaAllah :)

1 comment: