Saturday, May 8

surat untuk BAKAL PELAJAR MATRIKS

Madeeha Syaheedah Hishamudin,

TP 22, Taman Pertama,

Jalan Payamas,

84900, Tangkak,

Johor Drul Takzim

8 MEI 2010








Kehadapan rakan2 ku yang disayangi dan dicintai. Apa khabar kalian ? Saya berharap kalian sihat-sihat sahaja. Tujuan saya menge'post' surat ini adalah untuk neraikan rakan2 yang akan ke matriks pada hari isnin ini. Saya berharap, rakan2 baik2 sahaja di sana.


Fazika, Fatin dan Nonad yg dirindui,




Bagaimana persediaan kalian? Semua sudah di dalam keadaan yg memuaskan? panties dan bra telah anda masukkan ke dalam beg ? Saya sekadar mengingatkan. Takut2 nanti kalo terlupa, terpaksa anda mggunakan daun pisang atau lalang untuk menutup bahagian yg sepatutnye semasa menghadiri kelas. Bukan apa, saya teringat kejadian semasa sahabat saya, Dayana, datang ke rumah saya tidak lama dahulu, semasa raya haji. Beliau terlupa membawa pakaian dalam. Maka, 3 hari beliau menggunakan bra yg sama sahaja. Nasib baik pada ketika itu beliau datang bulan, boeh lah diganti sahaja pad. tp itu masih di consider sebagai keselekehan dan menjijikkan.




Bagaimana pula dengan alat-alat tulis kalian ? sudah borong mana yg patot? Fatin guna pncil case baru ke? Beg ke kelas pula sudah dibeli? Jika belum, saya cadangkan anda membeli di TIME SQUARE sahaja kerana beg2 di situ murah2 belaka. Jika tidak, di SQUARE ONE juga boleh tetapi sedikit mahal. Tapi apa salahnye, sekali sekala.



Rakan2 sekalian,



Di sana nnt, kalian fokus lah terhadap pelajaran kalian. Jgn lah begitu asyik mengusha pakwe2 kerana saya tau, kalian semua dr sekolah yg kesemua pelajarnya perempuan. Tetapi, sekadar untuk mecuci mata, apa salahnya. Kalau ade pakwe yg mengusha kalian, kalian pastikan lelaki itu benar2 kacak dan bergaya, baru lah kalian mmberi respon positif. Jika tidak kacak seperti M.Daud Kilau mahupun Nasir Bilal Khan, kalian bo layan mereka. Kalian, standard sbgi pelajar TIGS perlu dijaga. Paling kurang pon, carilah pakwe y rupanya iras2 eman manan atau Saleem. Sesungguhnye, itu lebih bergaya.




Untuk rakan yg akan ke Kolej Matrikulasi Melaka, kalian jangan mimpi lah kalian boleh sampai Dataran Pahlaan. Dan kepada Fatin yang akan ke KMNS, anda jgn mimpi anda akan sampai ke KTM Seremban untuk berjalan2 ke Mid Valley. Semua itu hanya tinggal harapan dan angan2. Kalian bertuah kerana tidak peri ke Matriks Tangkak. Itu lebih malang kerana kalian hanya akan dpt meronda The Store, tempat sy bekerja suatu ketika dahulu sahaja. Jika bernasib baik, mungkin kalian akn terserempak dengan nenek atau ibu saya yg mmbeli barang dapur di situ.




Rakan2 sekalian, sesungguhnya saya akan merindui kalian. tetapi tidak mengapa. kesengsaraan ini hanya setahun sahaja. Kita akan berjumpa lg pertengahan tahun hadapan dan pada ketika itu, kita boleh berjimba2 kecuali budak2 diploma(hahahahaha).. Semoga kita dapat bertemu semula jika ada kelapangan. Saya mendoakan kalian berjaya di sana. Dan saya mengharapkan doa yg sama dr kalian untuk saya. Tapau kan pakwe nogori atau pakwe melaka yg kacak bergaya (Seperti nama2 yg telah di sebut di atas tadi).




Sehingga di sini shj surat saya pada kali ini. Saya mengharapkan komen atau respon dari kalian. Sampaikan salam saya buat keluarga di Batu Pahat dan di Sungai Buoh sana. Buat Fatin, takyah lah bawak mp4 baru. Bagi lah sy pinjam. Fazika pula, praktiskan tidur dengan lebih sopan dan ayu. Jika tidak, saya syorkan anda menjadi ahli gimnas untuk meneyertai SUKMA di Melaka yg akan datang. Nonad, jangan buat perangai berjalan2 tanpa pakai kain di matriks nanti. Saya takot nt akan timbul kontroversi.



Sekian sahaja. Semoga berjumpa lg. Do keep in touch. Assalamualaikum.








Yang Jujur dan Ikhlas,

Madeeha Syaheedah Hishamudin

3 comments:

  1. surat utk budak uitm tak dpt ke?

    ReplyDelete
  2. utk budak uitm blom lagi. tgu lah 21/22 Mei nnt. huhu

    ReplyDelete
  3. beg,saya tak nak la yang ladies gila ni.ai beli beg pack je u.hahha.mp4 itu nyawa!eh,yela aku belajar rajin rajin.thank you untuk surat itu :)

    ai lef yugais!

    ReplyDelete